Followers

Rabu, 30 Mei 2012

Amanah : Tuntutan Yang Perlu Dijelaskan

Assalamualaikum ..

Bila Sebut Pasal Amanah nie memang satu perkara yang cukup berat yang kena dipikul oleh semua tak kira lah apa juga jenis, bangsa,agama warna kulit. Semua orang ade amanah yang perlu ditunaikan oleh mereka. Kalau Suami, Isteri dan Anak-anak adalah amanah mereka, Kalau pemimpin rakyat adalah amanah mereka. Pendek kata Setiap orang ade amanah yang perlu ditunaikan dan bakal dipersoalkan oleh Allah di Akhirat nanti.Sepertimana yang dijelaskan dalam Alquran berkaitan dengan amanah :

1. Firman Allah "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu untuk menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya." (An Nisa : 58).

2. Firman Allah "Akan tetapi jika sebagian kamu mempercayai sebagian yang lain, hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanatnya dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah, Rabb-Nya." (Al Baqarah : 283).

3. Firman Allah "Sesungguhnya kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung; semuanya enggan untuk memikul amanat dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, lalu dipikullah manah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zhalim dan amat bodoh." (Al Ahzab : 72)

4. Firman Allah "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui." (Al Anfal : 27).

5. Firman Allah "Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya." (Al Mukminuun : 8).

Begitu juga diriwayatkan dalam Hadis Nabi SAW Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi Shallalhu Alaihi wa Sallam, beliau bersabda: "Tunaikanlah amanat kepada orang yang mempercayakan kepadamu dan janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianatimu." (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi) juga hadis Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi Shalllahu Alaihi wa Sallam bersabda, "Tanda orang munafiq itu ada tiga, yaitu: apabila berbicara berdusta, apabila berjanji menyalahi, dan apabila dipercaya, berkhianat." Dalam riwayat lain, "Sekalipun ia melakukan shaum, shalat dan mengaku sebagai seorang muslim."

Demikianlah Persoalan Amanah yang perlu diambil perhatian oleh kita semua.

Baca Lagi

Berjuang Atas Nama Bangsa Tapi Gadai Agama ?

Assalamualaikum ..

Saja timbulkan isu ini pada reader semua. Bukan apa sebelum ni kita banyak dengar pemimpin –pemimpin kita yang nak minta kita berjuang atas nama bangsa. Pada aku baik lupakan saja.

Apalah yang boleh dibanggakan nanti depan Allah SWT di akhirat andai kita berjuang bukan kerana Allah tapi kerana bangsa. Kalau kita sorot kembali tragedi yang menimpa ummat islam semasa kejatuhan khilafah islam yang terakhir antara puncanya ialah semangat kebangsaan yang ditiupkan oleh nasionalis sendiri "Arab untuk Arab dan Turki untuk Turki" . Nak bangga lagi dengan kebangsaan ?

Rasanya kalau kita singkap sirah perjuangan Nabi kita Muhammad SAW, Adakah Nabi sendiri berjuang atas nama bangsa atau atas nama agama ? Sebagai muhasabah pada kita sendiri yang mengaku kita ummat Muhammad bukan Ummat Melayu. Begitu juga Amanah yang diberikan oleh Allah pada Nabi , adakah dakwah nabi untuk bangsa Arab Sahaja ?

Kadang-kadang rasa tak senang juga lah bila ade ustaz-ustaz kita para Alim ulama, tok-tok guru yang kata kita kena berjuang atas nama bangsa. Bukan tak boleh tapi agama jangan dijadikan sampingan sehingga menggadaikan prinsip-prinsip agama.

Kita boleh lihat sendiri situasi yang melanda negara kita pada hari ini. Dek kerana terlalu memperjuangkan bangsa maka agama dikesampingkan. Agama hanya dijadikan alat atau wiget sahaja untuk mencapai sesuatu. Lupakah kita pada akujanji kita yang selalu kita lafazkan setiap kali solat dalam doa iftitah ( kot ade yang tak ngafal dan tak berapa nak faham) maksudnya " Sesungguhnya Solat ku , Ibadatku, Hidupku dan Mati Ku hanya Untuk Allah, Tiada Sekutu baginya dan dengan perintah itu aku menjadi orang yang menyerah diri".

Jelas dalam ayat ini dinyatakan bahawa Allah tak ade sekutu dan tidak boleh disekutukan dengan yang lain. Ini juga berkait rapat dengan amalan kita. Bak kata ulama sufi, kalau kita tak faham maksud apa yang kita lafazkan tak sah solat kita. Nah kalau macam tu memang berat tugas dan tanggungjawab kita. Sekadar renungan untuk kita, Berjuang Atas Nama Bangsa tapi Jangan Gadai Agama.

Baca Lagi

Selasa, 29 Mei 2012

Ini Rupanya Qiamullail SEmpena Hari Belia Negara Anjuran BN

Assalamualaikum .. salam mesra Ini ke "pengisian rohani" untuk muda mudi Islam Malaysia ? Kalau rempit gi masjid atau surau untuk buat qiamullail tak per gak. Bila dah kemalangan baru nak beringat .. Otak Letak Mana Bro ? kat kepala busut ke ?






Yang nie pulak Persembahan Tarian "shuffle" Ganti Silat 
Baca Lagi

Jumaat, 25 Mei 2012

Kerja Jamaah Vs Kerja Individu

Assalamualaikum .. salam mesra Tajuk kite hari nie ialah kerja jamaah vs kerja Individu. Sebelum itu cuba kita selak sikit pengertian kerja jamaah atau dengan terjemahan dalam bahasa arab disebut sebagai Amal Jamaie. Amal Jamaie adalah gerak kerja yang dilaksanakan secara berjamaah atau berkumpulan. Kebiasaan yang kita nampak melaksanakan amal jamaie nie of couse lah jamaah yang berakar tunjangkan Islam. Ini kerana hanya dalam gerakan Islam sahaja yang menerapkan gerak kerja secara berjamaah berbanding dengan yang lain yang lebih banyak menjurus pada kerja individu. 

 Perlu ditekankan disini, Amal Jamaie merupakan satu tuntutan syarie yang perlu dilaksanakan dan diterapkan dalam kehidupan seorang muslim sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Quran dalam surah Surah Ali Imran ayat 104 

 Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah dari kemungkaran. Merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan” 

Tuntutan terhadap amal jamaie tidak seharusnya dipandang ringan dengan melihat beberapa penegasan yang telah diturunkan oleh syariat Allah sama ada melalui Al-Qur’an dan as-Sunnah dan kaedah Usul Fiqh. 

1. Al-Qur’an Allah swt memerintahkan Nabi Muhammad saw supaya memberitahu manusia bahawa amal jamaie itu adalah kerja nabi dan pengikutnya. 

Allah telah berfirman: 
 Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku menyeru manusia kepada umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas dan nyata, dan aku menegaskan maha Suci Allah dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain” (Surah Yusuf : 108)

 Firmannya lagi di dalam al-Qur’an: Maksudnya: “Seungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalanNya dalam satu saf seolah-olah satu binaan yang tersusun kukuh” (Surah as-Soff: 4)

 2. As-Sunnah Kita akan dapat melihat dengan jelasnya tuntutan sunnah supaya bekerja secara amal jamaie apabila kita meneliti hadith berikut: Maksudnya: “seungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia seperti serigala kambing jua. Ia menangkap mana-mana kambing yang jauh dan terpencil. Maka kamu berjemaah dan bercampur dengan orang ramai serta menghadiri masjid”

 Sabdanya lagi: Maksudnya: “Wajiblah kamu bersama-sama dengan jamaah orang-orang muslimin dan pimpinan mereka” 

 3. Kaedah usul Fiqh Kerja da’wah ini sangat besar, tidak mampu dilakukan secara individu dan tentulah ia terlebih dahulu memerlukan usaha jamaie berdasarkan kaedah fiqh: 

 Maksudnya: “sesuatu yang tidak sempurna yang wajib melainkan dengannya, maka ianya juga menjadi wajib. 

Jelasnya ianya cukup berbeza dengan amal secara individu 
Baca Lagi

Sabtu, 19 Mei 2012

Perkauman Vs Islamiah ?

Assalamualaikum ..

Dua pilihan yang perlu kita lunaskan dan perlu kita berikan perhatian yang mana satu patut kita bantu dan patut kita sokong. Masing-masing ada pilihan dan masing-masing ada jawapan Cuma pasti ada perbezaan. Sebabnya yang patut kita berikan perhatian ialah terhadap perkara dasar yang menjadi asas pada sesuatu.

Kadang terfikir juga, kenapa kena sokong perkauman ? sedangkan apa yang dibawa oleh nabi SAW bukan perkauman dan menjurus pada sesuatu kaum atau bangsa. Heran juga apa keistimewaan yang akan diperoleh jika aku sendiri menyokong orang yang memperjuangkan ideology perkauman berbanding dengan orang yang berjuang untuk mendaulatkan islam serta menentang penindasan dan penyelewengan.

Satu persoalan yang sangat perlu dirungkai dan diperhalusi sedalamnya. Nak kata sokong ideology perkauman apa yang akan kita peroleh diakhirat ? adakah kita sudi untuk bersama sama dengan Abu Jahal dan Abu Lahab yang memperjuangkan ideology perkauman atau kita nak bersama-sama dengan Nabi dan Para Sahabat baginda yang cukup mulia yang berjuang mendaulatkan islam.

Mana satu pilihan kita?. Kemarin sempat kawan mengikuti perkembangan terkini politik tanahair . Kawan malas nak sebut pasal Bersih 3.0 ke Bersih 4.0 ke . Yang penting bagi kawan dari segi persediaan kita selepas ini untuk PRU yang ke 13 yang dengar-dengarnya bulan Jun ini. Adakah kita benar-benar bersedia untuk memilih ? Tanya Diri Kita

Baca Lagi

Khamis, 5 April 2012

Ugut Mengugut Budaya Melayu ?

Assalamualaikum .. salam mesra


Terbaca dari laman beberapa orang sahabat apa yang berlaku dalam masyarakat sekarang nie baik kat akhbar atau pun media baru. Duk sibuk isu ugut mengugut atas sebab tidak puas hati dengan seseorang sehingga ada yang sanggut untuk membunuh.

Pe citer nie ? nak kata tak terpelajar tu ramai yang terpelajar tapi kenapa budaya ini masih lagi berleluasa dan masih lagi diwarisi turun temurin malahan ada diantaranya yang menjadikan ianya sebagai adat dan amalan dalam kehidupan seharian.

Tapi dari pemerhatian yang dibuat, ramai yang mendapati kebanyakan yang terlibat dengan ugut mengugut ini adalah antara golongan yang mempunyai masalah tekanan mental yang cukup kritikal kerana mereka jelas tidak dapat menilai malah menggunakan akal fikiran yang telah dikurniakan oleh Allah untuk berfikir.

Sewajarnya sebagai seorang insan , makhluk ciptaan Allah yang dikurniakan Akal fikiran yang waras untuk berfikir, kita mampu untuk menyelesaikan masalah tanpa mengugut mana-mana pihak dengan senantiasa berpuasa hati dengan apa yang ada serta melaksanakan apa juga yang diperlukan berdasarkan kepada kemampuan sendiri.

kalau rasa tak puas hati dengan mana-mana pihak, bawaklah kepada meja rundingan sebagaimana yang disarankan oleh Allah dalam Alquran dan assunnah dan bukan dengan melakukan ugutan dan sebagainya.
Baca Lagi

Cemerlang dunia atau Cemerlang Akhirat ?

Assalamualaikum .. salam mesra


Saja nak menyelitkan beberapa persoalan dalam diri yang rasa-rasanya semua orang pasti akan cuba tanya dan jawab sendiri :

1. kita sibuk mengejar kecemerlangan didunia tapi kenapa kita gagal mengejar impian kita untuk capai kecemerlangan di akhirat ?

2. kita duk sibuk cari kekayaan dunia sedangkan kita sedar kekayaan didunia pasti takkan jamin kita comform masuk syurga di akhirat kan ?

Dua persoalan yang masih lagi dalam batu jemala hamba yang perlu hamba share dengan sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian. Agak- agak kita mampu atau tidak untuk mengecap kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat .

So tepuk dada tanya iman masing -masing

Bersedia atau tidak ?
Baca Lagi

Rabu, 4 April 2012

Ilmu Bukan Setakat Pakaian Luaran Sahaja

Assalamualaikum .. salam mesra

Pemangku Raja Perak Dr Raja Nazrin Shah mahu ilmu yang diperoleh oleh setiap rakyat tidak dijadikan "pakaian luaran" untuk mendapat pengiktirafan sebaliknya perlu dijadikan instrumen bagi melakukan kebaikan dan menegakkan kebenaran serta meningkatkan sifat amanah dan kebajikan.

Baginda bertitah orang yang berilmu adalah mereka yang melakukan pertimbangan dan penilaian berdasarkan fakta serta kebenaran di samping tidak membenarkan elemen kepalsuan.

"Pengiktirafan yang diberikan kepada insan berilmu sering kali disusuli dengan kepercayaan menyerahkan amanah dan tanggungjawab. Malang sekali, apabila insan diberikan amanah, kepercayaan, jawatan dan tanggungjawab, kemurnian nilai ilmu yang dipelajari dibenarkan untuk dialahkan oleh naluri tamak, lalu tercetus kontradiksi, berlakunya konflik dalaman," titah baginda pada Istiadat Konvokesyen ke-41 Politeknik Ungku Omar di sini hari ini.

Menurut baginda, prinsip asas kemurnian ilmu itu dimusnahkan kerana pengaruh nafsu kebendaan manakala sifat amanah, jujur dan ikhlas pula seolah-olah seperti komoditi yang semakin luput dan sukar ditemui.

"Akibatnya berlaku pelbagai kejadian pecah amanah, salah guna kuasa, penipuan dan rasuah bukannya oleh insan jahil tidak berilmu, tetapi terjadi kerana manipulasi dan sifat ketidakjujuran insan-insan berilmu," titah baginda.

Raja Nazrin Shah bertitah ia seterusnya mencetuskan pelbagai bencana dalam aspek alam semula jadi, kewangan dan ekonomi yang memberi kesan terhadap orang yang lemah dan kurang berilmu yang telah meletakkan harapan kepada orang
berilmu.

Baginda berharap politenbik berkenaan menghidupkan semangat dan kegigihan perjuangan Allahyarham Dr Ungku Omar Ungku Ahmad dalam membela nasib bangsanya melalui kasih sayangnya sebagai orang berilmu.

"Ungku Omar tidak sekadar harus dinobatkan pada papan tanda, pada nama jalan, pada institusi pengajian, pada nama kolej atau nama maktab. Ungku Omar harus dihidupkan secara roh, secara semangat, agar lahir lebih ramai pejuang,
patriot dan nasionalis bangsa yang unggul, tulen lagi sejati," titah baginda.

Pada hemat baginda juga, sejarah, pengorbanan, peranan dan semangat Dr Ungku Omar hendaklah dijadikan sebahagian dari komponen program induksi bagi setiap pelajar dan kakitangan politeknik itu supaya semangatnya terus disuntik agar segar mengalir dalam jiwa setiap warga sepanjang masa.

Raja Nazrin Shah yang turut sebak sehingga titah baginda sedikit terganggu ketika menyoroti kejayaan dan pengorbanan tokoh itu, bertitah bahawa semasa hayatnya, Dr Ungku Omar amat menekankan elemen kesihatan dan menganggap faktor kesihatan amat mempengaruhi tahap kemajuan sesuatu bangsa.

"Ungku Omar senantiasa mengingatkan kesan negatif cacing kerawit dalam kalangan anak Melayu desa kerana berjalan tanpa memakai sepatu, dan betapa kemiskinan tidak mengupayakan orang Melayu menikmati makanan berkhasiat, mengakibatkan orang Melayu kekurangan protein dan vitamin, lalu mempengaruhi tahap kesihatan mereka, sekaligus mempengaruhi daya kekuatan minda bangsa,"
titah baginda.

Dr Ungku Omar yang merupakan anak Melayu pertama dilantik sebagai Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia (IMR) pada tahun 1965 turut lantang memperjuangkan kedaulatan Bahasa Melayu untuk dijadikan bahasa ilmu di pusat pengajian tinggi termasuk dalam bidang perubatan walaupun mendapat pendidikan dalam bahasa Inggeris.

Pada istiadat konvokesyen kali ini, 2,817 graduan menerima sijil dan diploma dalam bidang masing-masing termasuk empat graduan sulung Diploma Lanjutan Kejuruteraan Mekanikal selepas menamatkan pengajian pada Disember 2010 dan Jun
2011.

Pada majlis itu Raja Nazrin Shah turut menyampaikan Anugerah Pengarah Politeknik kepada Mohd Wali-Ya Din Shah Mohd Yusof, Muhamad Akif Zainal Abidin dan Abdul Malik Shaari kerana kecemerlangan mereka dalam bidang akademik dan kokurikulum.- Bernama
Baca Lagi

Usaha Kawal Lebihan Pelajar Ke Universiti Al-Azhar

Assalamualaikum .. salam mesra


Bermula tahun ini, pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang lulus Ujian Kelayakan Bahasa Arab (Imtihan Qalbul) di Malaysia sahaja akan dihantar meneruskan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Sebelum ini pelajar STAM akan mengambil ujian kelayakan di Mesir dan jika tidak lulus, mereka akan lewat memulakan pengajian semata-mata untuk menduduki semula dan lulus ujian kelayakan bahasa Arab," katanya.

Beliau berkata status pelajar yang gagal mendapat gred Imtihan Qalbul di Mesir akan membimbangkan golongan ibu bapa sekaligus akan menyebabkan pihak penaja mengalami kerugian ekoran kelewatan pelajar memulakan tahun pertama mereka di Al-Azhar.

"Langkah tepat ini dilihat mampu memberikan keputusan yang baik bagi semua pihak dan jika pelajar tidak lulus ujian kelayakan yang dilakukan oleh Yayasan Sofa, mereka tidak akan dibenarkan meneruskan pengajian ke Al-Azhar.

"Syarat lulus ujian bahasa Arab dan perlu dapat gred Imtihan Qabul ini hanya melibatkan Universiti Al-Azhar sahaja, tidak kepada universiti lain seperti di Madinah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil anugerah kecemerlangan kepada pelajar Sijil Tinggi Agama (STAM) dan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2011 di sini hari ini.

Bermula tahun ini, Yayasan Sofa telah dilantik oleh Universiti Al-Azhar sebagai wakil rasmi untuk menganjurkan ujian kelayakan kemasukan ke universiti kitu, dan seterusnya menjalankan Pusat Asasi Universiti Al-Azhar (pusat pengajian bahasa Arab bagi pelajar-pelajar yang tidak lepas ujian kelayakan) di Malaysia.

Tahun lepas, 362 daripada 571 orang calon yang mengambil peperiksaan kemasukan ke universiti tersebut gagal.

Jamil Khir berkata statistik pelajar yang gagal ujian kemasukan itu sedikit sebanyak memberi imej buruk kepada negara kerana kegagalan calon lepasan STAM untuk menguasai bahasa Arab.

Terdahulu dalam ucapannya, Jamil Khir berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memperkenalkan Kursus Asas Fardu Ain (Kafa) peringkat menengah mulai tahun depan. -- Bernama
Baca Lagi

Minyak Ron 97 Naik Lagi .. Ron 95 Kekal

Assalamualaikum .. salam mesra


Harga petrol RON97 dinaikkan 10 sen kepada RM2.90 seliter berkuat kuasa tengah malam ini.Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Hashim Othman ketika dihubungi malam ini mengesahkan kenaikan harga itu.


Beliau berkata harga diesel kekal pada RM1.80 seliter.Minggu lepas, kerajaan mengumumkan harga petrol RON95 kekal pada RM1.90 per walaupun harga bahan api di pasaran dunia naik baru-baru ini. - Bernama
Baca Lagi